Monday, August 16, 2010

Ramadhan 2010

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Bertemu lagi dalam sesi bual bicara antara tuan tanah dengan diri sendiri. Terima kasih di atas sokongan dan komen komen yang diberikan dari para peminat. haha. Bagaimana dengan puasa anda semua? Masih ok? Atau ada yang dah curi curi tak puasa? Sendiri mau ingatla kan. Masing masing dah besar. Janganla hanya kerana alasan lupa niat atau pagi tak sahur, terus tak puasa. Biarlah kita tak puasa jika betul betul tidak diizinkan kita untuk berpuasa.

Sebut pasal ramadhan, semua fikir raya. Sejujurnya, selain daripada bab makanan, tuan tanah tidak la begitu gemarkan raya ni. Ye betul raya ni la waktu kita meraikan kemenangan kita setelah berpuasa sebulan. Menahan lapar dan dahaga, melawan segala jenis cubaan dan dugaan. Tapi apa yang tuan tanah tak gemar bila ntah sape sape datang umah nak beraya. Wey kot ye nak collect duit raya, agak agak la. Tuan tanah pun dulu kecik juga. hikhik

Satu lagi bila time raya ni la tuan tanah akan betul betul rasa "oh alangkah bestnya ada keluarga besar. Ada adik beradik ramai dan paling penting bertuahnya kalau masih ada atuk dan nenek". Untuk pengetahuan semua, tuan tanah hanya dapat merasa kasih sayang atuk nenek sewaktu kecil saja. Jadi untuk merasa gembira dengar lagu Allayarham Sudirman - Balik Kampung tu macam tade pape pun.

Tapi Alhamdulillah, tuan tanah masih ada mak abah dan abang. Tuan tanah patut rasa bersyukur kerana tidak semua orang merasa erti beraya bersama ibu dan bapa. Itu tuan tanah tabik spring kepada sesiapa yang dah melaluinya. Mesti mereka orang yang tabah. Tuan tanah harapkan begitu. Dan tuan tanah takkan lokek kalau2 mereka nak tumpang skali dengan mak abah tuan tanah. Janji mereka sudi :)

Sebut pasal mak abah, Alhamdulillah Abah berjaya puasa penuh untuk ketika ini. Cuma hari pertama itu nampak abah sangatlah lemah dan lemau. Mungkin belum biasa. Tuan tanah tade niat mahu menyalahkan takdir, mempersoalkan takdir. Tapi kadang2 tuan tanah mahu seperti kawan kawan yang lain. Ada masa berbuka di luar bersama rakan rakan lain, ke bazar ramadhan cuci cuci mata (walaupun ni mmg beta tak gemar). Tapi tuan tanah kena fikir semua. Tepat jam 5 petang, tuan tanah harus bergegas pulang dan terus singgah ke bazar ramadhan untuk membeli kuih muih. Memang dah kebiasaan berbuka nak kuih manis manis.

Balik je rumah terus sinsing lengan baju, terus masak. Apa? Tak percaya? Percayalah geng. Tuan tanah memang boleh memasak. Walaupun comot dan kasar gini rupa. Tuan tanah takde pilihan. Tapi nasib mak membantu didapur. Siap2 kan mana yang nak dipotong. Tuan tanah hanya perlu memasaknya sahaja. Dulu dulu Abah boleh masak. Tapi sekarang dalam pukul 6 petang tu adalah waktu kritikal Abah. Dia kan diabetes. Bila seharian berpuasa, kandungan gula nya rendah dan kadang kadang sampai dia kata dia tak nampak. Itu yang tuan tanah risaukan. Kalaulah tuan tanah berbuka diluar, mungkin kamu kamu akan fikir "ala mak abah makan luar je la" Masalahnya siapa nak bawa kalau jam 6 itu Abah mungkin kurang tenaga dah. Amy? Hmmm. Tiada komen untuk itu. Tuan tanah MEMILIH untuk TIDAK KOMEN.

Lepas berbuka, kemas dapur. Lepas kemas dapur, mandi, mata ni dah penat, badan dah lesu. Terus masak nasi untuk sahur. Sahur pun begitu. Lepas makan, kemas dapur, baru tidur. Jam 7 bangun untuk pergi kerja. Itu rutin tuan tanah seharian untuk ramadhan tahun ni. Jadi kepada sesiapa yang rasa mahu ajak itu ini begitu begini dengan tuan tanah, bukan la tuan tanah tak mahu. Ramaiiiiiii dan banyakkkkkkk undangan berbuka puasa diluar. Tapi tuan tanah hanya mampu memenuhi 2-3 undangan sahaja. Kesiankan mak abah di rumah. Harap semua faham. Bukan sengaja. Cuba la sesiapa di tempat tuan tanah. Cuba, try test tengok.

Ok la. Dah cukup tuan tanah merapu. Selamat Berpuasa semua. Semoga kita mendapat keberkatan dibulan yang mulia ini dan semoga semua doa2 kita dimakbulkan oleh Allah swt.